Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang karnival berlangsung. Foto TVS

Enam SPK dilulus di DUN Saribas

BETONG, 3 Jun: Sebanyak enam projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) telah diluluskan di kawasan Saribas setakat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nya, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata projek terbabit melibatkan SPK Kampung Debak Laut, Kampung Bungin, Kampung Serembang, Kampung Manggut, Kampung Sebemban serta SPK Debak Baharu yang melibatkan sebanyak 245 lot rumah dan kini sedang dalam pembinaan.

Sementara itu, katanya permohonan SPK di Kampung Tanjung Assam pada masa ini juga telah dimajukan kepada pihak JTS Bahagian Betong untuk tindakan selanjutnya.

Beliau dalam pada itu menyeru Pemimpin di kawasannya sentiasa peka dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan lot rumah dalam projek SPK menerusi sistem baharu yang dikenali sebagai Application of Resettlement Extension Scheme (ARES), yang mula dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak ketika ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak itu menambah perkara itu amat penting bagi membolehkan mereka memahami pelaksanaan sistem baharu tersebut yang kini dilaksanakan secara dalam talian atau digital berbanding secara manual sebelum ini.

“Saya sarankan kepada Ketua-Ketua Kampung terutamanya di DUN Saribas agar sentiasa peka dengan pelaksanaan sistem baharu bagi permohonan lot rumah dalam projek SPK oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dikenali sebagai ARES.

“Ini kerana sistem ini dilaksanakan secara atas talian beebanding sebelum ini dilakukan menerusi kaedah manual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penangguhan Program Karnival Sejerut 4 yang dianjurkan oleh Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Panglima Brahim, Tanjung Assam, di sini, pada malam Isnin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan