Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki cedera selepas sebuah pikap kemalangan kendiri di Simpang Kampung Tarat Jalan Kuching - Serian pagi tadi.Foto JBPM

Dua lelaki cedera, pikap kemalangan kendiri di Serian

SERIAN, 3 Jun: Dua lelaki cedera selepas pikap dinaiki kemalangan kendiri di Simpang Kampung Tarat Jalan Kuching – Serian pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.57 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap.

“Tiada mangsa tersepit, hanya bantuan mengangkat seorang mangsa keluar dari kenderaan, manakala seorang lagi mangsa berjaya keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa lelaki dihantar ke hospital serian menggunakan jentera EMRS BBP Serian untuk rawatan lanjut.

“Seorang mangsa telah mengalami cedera di bahagian kepala manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan