Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aktiviti memburu oleh sekumpulan lelaki bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas tertembak oleh rakan sendiri yang menyangka kelibat mangsa sebagai seekor babi hutan. Foto hiasan Envato

Disangka babi, pemburu tertembak rakan hingga maut

DALAT, 3 Jun: Aktiviti memburu oleh sekumpulan lelaki bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas tertembak oleh rakan sendiri yang menyangka kelibat mangsa sebagai seekor babi hutan.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Saga Chungat berkata kejadian berlaku di kawasan ladang sawit di Jalan Oya-Igan, semalam.

Menurutnya, insiden terbabit dilaporkan berlaku sekitar jam 5.15 petang ketika sekumpulan 13 lelaki termasuk mangsa dan suspek sedang memburu di kawasan ladang berkenaan.

“Pengadu yang juga rakan mangsa mendakwa terlihat satu kelibat menyerupai babi di dalam belukar lalu melepaskan satu das tembakan menggunakan senapang patah buatan sendiri (bakakuk).

“Bagaimanapun, selepas memeriksa kawasan itu, dia terkejut apabila mendapati individu yang ditembak adalah rakannya sendiri, yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri dan berlumuran darah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pengadu bersama rakan-rakan lain segera membawa mangsa ke Balai Polis Mukah, namun lelaki berusia 57 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia sama ada di lokasi kejadian atau semasa dalam perjalanan.

Jelasnya, pihak polis di Balai Polis Oya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 7.52 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku melepaskan tembakan kerana menyangka kelibat yang dilihatnya adalah seekor babi. Senjata yang digunakan adalah bakakuk miliknya,” katanya.

Tempat kejadian adalah di bawah kawasan tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah Dalat namun pengadu telah pergi terlebih dahulu ke Balai Polis Mukah, jelasnya.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat, manakala suspek ditahan reman di lokap Balai Polis Dalat bagi membantu siasatan lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan