Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock dipilih pada Isnin sebagai Presiden sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan bermula pada September ini, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

Bekas Menteri Luar Jerman Baerbock dipilih Presiden Perhimpunan Agung PBB

ByBernama

HAMILTON (Kanada), 3 Jun: Bekas Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock dipilih pada Isnin sebagai Presiden sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan bermula pada September ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Baerbock merakamkan penghargaan atas “sokongan padu” daripada negara anggota terhadap pemilihannya.

Presiden Perhimpunan Agung semasa, Filemon Yang dengan sepenuh hati mengucapkan tahniah kepada Baerbock atas pemilihannya.

“Adalah wajar bahawa pada tahun ke-80 Perhimpunan Agung ini, kepimpinan diserahkan kepada individu yang kerjayanya ditakrifkan oleh komitmen teguh terhadap multilateralisme,” kata Yang.

Menurut beliau, cabaran masa kini amat besar dan komitmen Baerbock untuk bertindak sebagai pengantara yang jujur — mendengar, membina kepercayaan dan memupuk dialog merentasi perbezaan — adalah tepat seperti yang diperlukan oleh Perhimpunan ini.

“Keutamaan kami selari dengan aspirasi masyarakat global,” katanya sambil menyatakan “sokongan penuh” untuk Baerbock.

Dalam ucapannya, Baerbock menzahirkan komitmen untuk berkhidmat kepada semua dan berkata: “Pintu saya sentiasa terbuka untuk semua — lebih baik bersama.”

Objektif utama beliau yang pertama ialah menyokong negara anggota dalam usaha memperbaharui, menumpukan semula dan menjadikan organisasi itu relevan dan sesuai untuk abad ke-21.

Sebagai keutamaan kedua, Baerbock menekankan kepentingan “Pakatan untuk Masa Depan.”

“Ini penting untuk memperkukuh peranan Perhimpunan Agung dalam hal ehwal keamanan dan keselamatan, dengan kerjasama rapat bersama Majlis Keselamatan dan Suruhanjaya Pembinaan Keamanan,” katanya, sambil menambah bahawa keutamaan ketiganya adalah “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merangkumi semua pihak.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan