Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan United Kingdom (UK) menguatkuasakan larangan di seluruh negara terhadap vape atau rokok elektronik pakai buang bermula 1 Jun 2025, sebagai langkah membendung penggunaan peranti itu dalam kalangan remaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, lapor Anadolu Ajansi. Foto hiasan Envato

UK larang vape pakai buang untuk bendung penggunaan dalam kalangan remaja

ByBernama

ATHENS, 2 Jun: Kerajaan United Kingdom (UK) menguatkuasakan larangan di seluruh negara terhadap vape atau rokok elektronik pakai buang bermula 1 Jun 2025, sebagai langkah membendung penggunaan peranti itu dalam kalangan remaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, lapor Anadolu Ajansi.

“Langkah tegas baharu ini mengharamkan penjualan vape pakai buang di kedai runcit dan pasar raya sekali gus menamatkan peningkatan penggunaannya yang membimbangkan di kawasan sekolah serta lambakan sampah di jalan-jalan negara ini,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, larangan berkenaan bertujuan untuk membendung lambakan sampah di jalan-jalan negara dan melindungi golongan muda daripada ketagihan nikotin.

Peniaga yang mengabaikan peraturan boleh dikenakan denda £200 (US$270) bagi kesalahan pertama dan semua produk akan dirampas. Kesalahan berulang boleh dikenakan denda tanpa had atau hukuman penjara.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan