Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menghadiri rumah terbuka anjuran Pengerusi Persatuan Wanita Orang Ulu Miri (PWOUM), Kijan Tonybee. Foto UKAS

Tradisi rumah terbuka kukuhkan perpaduan

MIRI, 2 Jun: Sambutan Hari Gawai 2025 terus diserikan dengan kehadiran dua pemimpin negeri dalam rumah terbuka anjuran Pengerusi Persatuan Wanita Orang Ulu Miri (PWOUM), Kijan Tonybee di kediamannya di Pujut 3B, pada Isnin.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), antara tetamu kehormat yang hadir ialah Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin serta Datuk Bandar Miri yang juga ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang.

Kim Shin tiba seawal jam 9 pagi diikuti ketibaan Adam Yii sekitar jam 11 pagi.

Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana rumah terbuka yang dipenuhi komuniti pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Dalam ucapannya, Kim Shin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikan dan menzahirkan rasa bangga terhadap tradisi rumah terbuka yang menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Kita di Sarawak mengamalkan tradisi yang sangat istimewa. Rumah terbuka menjadi wadah penyatuan rakyat berbilang kaum dan agama. Inilah semangat Segulai Sejalai yang menjadi kekuatan sebenar negeri kita,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalamannya menyertai rumah terbuka Gawai peringkat negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bersama barisan kepimpinan negeri yang mencerminkan keharmonian dan perpaduan rakyat Sarawak.

Kim Shin turut menyeru agar budaya muhibah tersebut terus dipupuk dalam kalangan generasi muda demi masa depan Sarawak yang bersatu dan sejahtera.

“Sarawak adalah negeri yang berwarna-warni. Keunikan budaya, kaum dan agama menjadikan kita kuat dan berbeza. Warisan ini harus dihargai oleh semua,” ujarnya.

Beliau juga memuji dasar inklusif Kerajaan Sarawak yang memberi perhatian menyeluruh kepada semua komuniti termasuk melalui penubuhan unit khas bagi menyokong pelbagai agama di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan