Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala 13 individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM9.4, Jalan Machang-Pasir Puteh (Banggol Judah), di sini malam tadi. Foto JBPM Kelantan (FB)

Seorang maut, 13 cedera kemalangan babit tiga kenderaan

ByBernama

MACHANG, 2 Jun: Seorang lelaki maut manakala 13 individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM9.4, Jalan Machang-Pasir Puteh (Banggol Judah), di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata kejadian kira-kira 11.45 malam itu melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Chevrolet, sebuah Proton Waja dan sebuah Perodua Kancil.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pikap Chevrolet dinaiki lima individu dari arah Machang ke Pasir Puteh telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Waja dinaiki enam individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan perlanggaran itu, pemandu Proton Waja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan.

“Perodua Kancil yang berada di belakang Proton Waja dan dinaiki tiga individu termasuk kanak-kanak pula turut terlibat kemalangan itu kerana gagal mengelak dan merempuh kenderaan terlibat,” katanya.

Ahmad Shafiki berkata mayat dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat, manakala 13 yang cedera dirawat di hospital sama dan Hospital Tanah Merah.

Beliau berkata kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Fatin Nurhanis Ibrahim menerusi talian 011-1454020 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang 09-9751222.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan