Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Ratna Dewi Baginda menunjukkan sate yang dijualnya di gerai D'Ratna Satay di Gerai Nombor 10, Esplanade Sipitang Sabah. Foto TVS

Sate Sipitang juadah wajib di Sabah

ByTVS

SIPITANG, 2 Jun: Keenakan sate di daerah ini bukan sahaja menjadi kegemaran penduduk tempatan malah turut menarik perhatian pelancong dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang sanggup merentasi ratusan kilometer semata-mata untuk menikmatinya.

Pelbagai pilihan seperti sate kambing, ayam, daging dan berubut (perut) menjadi tarikan utama di Medan Gerai Sate yang terletak di tebingan laut Esplanade Sipitang, lokasi tumpuan pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti.

Menurut peniaga tempatan, Dayang Ratna Dewi Baginda, 50, yang mengusahakan D’Ratna Satay di Gerai Nombor 10 sejak 2018, keunikan rasa sate Sipitang terletak pada resipi rahsia tersendiri di setiap gerai terutama pada kuah kacangnya yang pekat dan kaya rasa.

“Ramai pelanggan memuji kuah kacang kami yang berperisa. Malah, ada yang datang semula hanya kerana teringatkan rasa sate ini,” katanya.

Dayang Ratna berkata, sambutan pelanggan amat menggalakkan dan kehadiran pelancong dari luar menjadi rezeki buat peniaga di kawasan tersebut.

Salah seorang pelanggan tetap dari Miri, Sarawak, Mohd Faizal Abdul Rahman, 38, berkata, beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk singgah di Sipitang setiap kali berkunjung ke Sabah.

“Saya sanggup memandu lebih lapan jam kerana rasa sate di sini memang lain daripada yang lain. Kuah kacangnya pekat, daging pula lembut dan berperisa. Memang berbaloi,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Norliza Hashim, 45, dari Johor pula berkata, beliau mengetahui mengenai sate Sipitang melalui media sosial dan pengalamannya mencuba sendiri hidangan tersebut ternyata tidak mengecewakan.

“Bila sampai sini, memang puas hati. Tambahan pula, suasana di tepi laut sangat menyenangkan dan menambah selera,” jelasnya.

Dengan sambutan yang semakin hangat, sate Sipitang kini diangkat sebagai salah satu ikon kulinari Sabah, membuktikan bahawa warisan rasa dan identiti tempatan mampu menarik minat pelancong dari seluruh negara.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found