Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan penyelamat dan penduduk kampung melakukan pencarian dengan menyusuri tebing sungai. Foto JBPM

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Song

SONG, 2 Jun: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Katibas, Rumah Robert, Nanga Bajor di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.28 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song digerakkan ke lokasi sejauh 23 kilometer.

“Komander operasi, PBK I (TBK I) Hansil Boniface melaporkan mangsa, Puteri Nazatul Akmal Zulkarnain, dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai bersama abang dan tiga rakan lain.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) bersama penduduk kampung melakukan pencarian awal dengan menyusuri tebing sungai sejauh 100 meter ke arah hulu dan hilir sungai,” menurut kenyataan itu.

Setibanya di lokasi pada jam 5.52 petang, pencarian segera dilakukan namun gagal menemukan mangsa.

Setelah perbincangan bersama pihak polis dan keluarga mangsa, operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan disambung semula pagi Selasa.

Tags: JBPM, lemas, Song

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan