Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyertai penduduk kampung pada Pesta Kaul Kampung Sungai Kut Muara, Dalat, hari ini. Foto TVS

Pesta Kaul didokumentasi di Galeri Warisan Melanau

DALAT, 2 Jun: Usaha mendokumentasi dan memelihara Pesta Kaul kini direalisasikan menerusi seksyen khas di Galeri Warisan Melanau di Oya dekat sini sebagai ruang pembelajaran dan penghargaan terhadap warisan budaya masyarakat Melanau.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata seksyen berkenaan memberi fokus khusus kepada sejarah dan pengisian pesta itu agar dapat dihayati oleh pelawat, terutama pelajar dari peringkat tadika hingga institusi pengajian tinggi.

“Ini antara langkah memastikan Pesta Kaul terus difahami, dipertonton dan dihargai sebagai sebahagian identiti kaum Melanau yang wajar diperturunkan kepada generasi muda,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaul Kampung Sungai Kut Muara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pesta Kaul bukan sekadar perayaan kebudayaan, malah menjadi ritual sakral yang mencerminkan rasa syukur atas limpahan rezeki serta doa memohon perlindungan dan kesejahteraan daripada ‘Ipok Sungai’.

Katanya, pesta yang sinonim dengan masyarakat Melanau itu memperlihatkan keunikan diplomasi budaya yang diwarisi sejak turun-temurun, dan penting untuk diteruskan dalam kalangan generasi pelapis tanpa mengabaikan nilai ajaran agama.

“Kelestarian Pesta Kaul perlu dijamin kerana ia menjadi simbol kebudayaan Melanau. Bila sebut Melanau, orang pasti teringat Kaul,” ujarnya.

Kaul turut mempersembahkan upacara penghantaran Serahang, iaitu bakul ‘persembahan’ yang berisi bertih beras, pulut kuning, sirih dan pinang.

Lebih 1,500 penduduk Kampung Sungai Kut Muara dan kawasan sekitar hadir memeriahkan sambutan tahunan yang diraikan setiap 2 Jun.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan