Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Islam dari seluruh dunia memuji usaha kepimpinan Arab Saudi yang berdedikasi dalam memastikan kesejahteraan jemaah haji. Foto AFP

Pemimpin Islam global puji perkhidmatan haji Arab Saudi

ByBernama

MAKKAH, 2 Jun: Pemimpin Islam dari seluruh dunia memuji usaha kepimpinan Arab Saudi yang berdedikasi dalam memastikan kesejahteraan jemaah haji menerusi Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Program itu yang diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menyediakan penjagaan dan layanan menyeluruh kepada jemaah dari pelbagai benua, mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan ibadah dilaksanakan dengan lancar.

Di Lisbon, Portugal, Pengarah Persatuan Islam, Dr Muhammad Iqbal memuji komitmen kerajaan Arab Saudi dalam memberi khidmat kepada jemaah, sambil menyatakan bahawa perkhidmatan luar biasa dan perhatian yang diberikan menunjukkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap ajaran Islam dan Dua Masjid Suci.

Pengarah Pusat Islam Uruguay, Ali Ahmed Mannan pula memuji Arab Saudi kerana memupuk hubungan agama dan budaya dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia menerusi layanan mesra serta penyusunan program yang teliti.

Di Nepal, Ketua Kesatuan Persatuan Pusat Ahl-e-Hadith, Mohammed Abdul Azeem menekankan inisiatif pendidikan Arab Saudi yang menawarkan program kesedaran dan pengajaran dalam pelbagai bahasa bagi membantu jemaah menunaikan ibadah dengan yakin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan