Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zaini Garip (dua kiri) meraih dua pingat perak pada Temasya Sukan Master Sedunia, World Master Games (WMG) di Taipei, Taiwan. Foto TVS

‘Misbun Limbang’ raih dua pingat perak di World Master Games Taipei

ByTVS

LIMBANG, 2 Jun: Atlet badminton Limbang, Zaini Garip, 73, mencatat kejayaan cemerlang apabila meraih pingat perak dalam dua kategori iaitu Kategori Berkumpulan dan Perseorangan Lelaki umur 70 hingga 74 tahun pada Temasya Sukan Master Sedunia, World Master Games (WMG) di Taipei, Taiwan dari 17 hingga 30 Mei 2025.

Sebagai naib juara, Zaini, yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Misbun Limbang’ membawa pulang dua pingat perak hasil pencapaiannya dalam kejohanan berprestij tersebut.

Menurut beliau, kejayaan ini merupakan kemenangan sulung dalam kategori individu dan berpasukan, yakni beliau beraksi bersama pasukan All Stars yang terdiri daripada pemain Malaysia, Bulgaria dan Kanada dalam kategori campuran umur 70 hingga 74 tahun (terbuka).

“Ini merupakan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan bagi mereka yang baru kali pertama menyertainya. Menentang pemain yang lebih muda yang baru sahaja mencapai umur 70 tahun untuk kategori umur 70-74 (perseorangan terbuka) sangatlah mencabar untuk pemain yang berusia.

“Bagaimanapun, mendapat kedudukan tempat kedua (pingat perak) bolehlah juga dikira pencapaian terbaik untuk saya,” katanya kepada media hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa WMG adalah temasya sukan bertaraf Olimpik yang dianjurkan khusus untuk atlet berumur 35 tahun ke atas dan diadakan setiap empat tahun sekali.

Sebanyak 25,049 atlet daripada 108 buah negara mengambil bahagian dalam temasya tahun ini, yang mempertandingkan 35 jenis sukan di 68 lokasi berbeza di seluruh Taiwan.

Zaini juga berkongsi rekod cemerlangnya apabila hampir mencapai 20 kejuaraan dunia dalam kejohanan badminton, termasuk kejayaan terbaharu di Taipei.

Antara pencapaian beliau adalah juara Kategori Badminton Perseorangan Lelaki umur 70 hingga 74 tahun di Jeonju BWF World Championship, Korea Selatan 2023, serta Kejohanan Badminton Global China ke-28 pada September 2024.

Beliau juga pernah mengharumkan nama Malaysia dengan menjuarai Kejohanan ‘47th World Badminton Morning Cup’ di Taipei pada 2018 dalam kategori perseorangan dan bergu bagi umur 65-69 tahun.

Selain itu, beliau turut menjuarai acara berganda pada Kejohanan Badminton Asia Pacific Masters Games (APMG) di Pulau Pinang pada 2018.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan