Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 3,360 tan air zamzam digunakan di Masjid Nabawi dalam tempoh 15 hari semasa musim haji tahun ini. Foto AFP

Lebih 3,300 tan air zamzam digunakan di Masjid Nabawi dalam tempoh 15 hari

ByBernama

MADINAH, 2 Jun: Sebanyak 3,360 tan air zamzam digunakan di Masjid Nabawi dalam tempoh 15 hari semasa musim haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan bahawa dari 15 Zulkaedah hingga 1 Zulhijah, sebanyak 218,336 botol air zamzam telah diedarkan kepada jemaah dan pengunjung di bahagian lelaki dan wanita Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa itu telah meningkatkan perkhidmatan secara ketara bagi menampung pertambahan jumlah jemaah yang hadir.

Ini termasuk memastikan bekalan air zamzam sentiasa boleh diakses sama ada melalui tong, botol, atau di tempat minum air sejuk yang disediakan di dalam masjid, di atas bumbung serta di dataran luar.

Selain itu, sebanyak 301,802 juadah iftar telah disediakan kepada mereka yang berpuasa di Masjid Nabawi, dan diagihkan di kawasan khas untuk berbuka puasa. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan