Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mekanisme pengagihan bantuan yang diwujudkan Israel kini menjadi “perangkap maut” bagi orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza, Foto AFP

Ketua UNRWA: Agihan bantuan Israel “perangkap maut” buat warga Gaza yang kelaparan

ByBernama

ANKARA, 2 Jun: Mekanisme pengagihan bantuan yang diwujudkan Israel kini menjadi “perangkap maut” bagi orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza, kata Ketua Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa hampir 50 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 200 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan berhampiran pusat agihan di bandar Rafah, selatan Gaza, pada Ahad.

“Pengagihan bantuan telah menjadi perangkap maut,” kata Lazzarini dalam satu kenyataan.

Israel telah merancang untuk menubuhkan empat pusat agihan bantuan di selatan dan tengah Gaza, yang menurut media Israel bertujuan memindahkan penduduk Palestin dari utara ke selatan wilayah itu.

“Sistem yang mengaibkan ini telah memaksa ribuan penduduk yang kelaparan dan terdesak berjalan sejauh puluhan batu ke kawasan yang hampir musnah sepenuhnya akibat pengeboman tentera Israel,” katanya.

“Penghantaran dan pengagihan bantuan mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan selamat. Di Gaza, perkara ini hanya boleh dilakukan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk UNRWA,” tambah beliau.

Ketua UNRWA itu turut menggesa Israel supaya menamatkan sekatannya ke atas Gaza dan membenarkan PBB mendapat akses selamat dan tanpa halangan bagi membawa masuk serta mengagihkan bantuan kemanusiaan.

“Ini satu-satunya cara untuk mengelakkan kebuluran besar-besaran, termasuk dalam kalangan satu juta kanak-kanak,” katanya.

“Dengan pelbagai naratif bersaing dan kempen penyelewengan maklumat yang giat dijalankan, media antarabangsa mesti dibenarkan memasuki Gaza untuk melaporkan secara bebas mengenai kekejaman yang sedang berlaku, termasuk jenayah kejam pagi ini.”

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 305 lagi cedera akibat tembakan Israel berhampiran pusat agihan bantuan sejak mekanisme agihan itu bermula pada 27 Mei lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan