TUARAN, 2 Jun: Sebuah kereta jenis Proton Saga terbakar kira-kira 30 peratus di bahagian enjin dalam kejadian di Pekan Tuaran, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kebakaran itu dilaporkan berlaku pada jam 6.32 petang.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi dan tiba dua minit kemudian.
“Pasukan operasi menggunakan satu aliran hose reel bagi mengawal kebakaran, dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 6.38 petang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden berkenaan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.40 petang.