Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri kepada Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini. Foto Bernama.

Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia perkukuh negara peneraju diplomasi serantau

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Kepengerusian Malaysia untuk ASEAN pada tahun ini dilihat telah memperkukuh kedudukan negara sebagai pemangkin dan peneraju diplomasi serantau, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pendekatan terangkum yang diambil Malaysia juga telah membuka ruang kerjasama pelbagai bidang, termasuk perdagangan, teknologi hijau, keterjaminan makanan dan keamanan serantau.

Jelas beliau, Sidang Kemuncak ASEAN baru – baru ini merupakan yang terbaik dalam sejarah pakatan negara Asia Tenggara itu berikutan buat kali pertama Malaysia sebagai Pengerusi berjaya mempertemukan tiga benua gergasi iaitu Negara-negara Teluk atau Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China dan ASEAN dalam usaha menyemarak ekonomi rakyat dan negara.

“Selain (itu ia juga) merapat hubungan antara negara dalam pelbagai bidang yang punyai kepentingan bersama.

“Sidang Kemuncak yang baharu selesai tersebut serta penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25). di Langkawi membuktikan betapa semangat kerja berpasukan adalah kunci utama dalam usaha kita menterjemahkan hasrat dan cita negara,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi ucapan sembah tahniah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Berangkat pada istiadat itu ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan jemaah menteri.

Dalam pada itu Anwar berkata, agenda pertumbuhan ekonomi, peningkatan pendapatan rakyat percambahan peluang pekerjaan dan pembangunan negara terus menjadi keutamaan kerajaan.

“Salah satu daripadanya adalah agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 yang bukan sekadar agenda pelancongan, tetapi juga manifestasi kecintaan terhadap tanah air, budaya dan warisan.

“Kestabilan dan perpaduan nasional adalah syarat asas kepada segala kemajuan. Dalam dunia yang cepat berubah dan sarat cabaran, perpaduan bukan pilihan, ia adalah keperluan.

“Justeru, segala usaha memperkukuh integrasi nasional akan terus diperkasa, demi memastikan tiada sesiapa pun terpinggir dalam perjalanan menuju masa depan yang lebih baik,” ujarnya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan