Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii menyempurnakan pembukaan Karnival Sukan Highlanders 2025 di Miri pada Ahad. Foto Billy Batang (TVS)

Karnival Sukan Highlanders semarak semangat kesukanan dan budaya

BySalasiah Safian

MIRI, 2 Jun: Karnival Sukan Highlanders 2025 bukan sekadar medan persaingan sukan, malah menjadi platform memupuk perpaduan, menyemai persahabatan dan meraikan keunikan budaya masyarakat pedalaman Sarawak.

Menurut Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, karnival ini turut berperanan memperkukuh silaturahim dalam kalangan masyarakat Kelabit dan Saban selain menjadi ruang untuk mengiktiraf warisan serta semangat kebersamaan mereka.

“Karnival Sukan Highlanders telah berkembang menjadi acara yang dinanti-nantikan yang diadakan setiap dua tahun. Ia dapat menonjolkan bakat, kerja keras dan semangat kesukanan masyarakat Kelabit dan Saban.

“Lebih daripada sekadar acara sukan, ia menunjukkan betapa hebatnya sukan dalam menyatukan orang ramai,” ketika menyempurnakan pembukaan Karnival Sukan Highlanders 2025 di sini, semalam.

Beliau turut menyeru semua yang hadir agar memanfaatkan penganjuran karnival ini sebagai peluang untuk saling mengenali serta menghargai kepelbagaian yang wujud dalam komuniti.

“Saya menggalakkan semua orang untuk menikmati masa ini bersama-sama, untuk belajar daripada satu sama lain, dan untuk meraikan kepelbagaian yang menjadikan acara ini begitu istimewa,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan berterusan kerajaan terhadap penganjuran sukan di pelbagai peringkat mencerminkan kepentingan aktiviti itu dalam membina kesihatan, disiplin dan keharmonian sosial.

Katanya, acara seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia, malah membantu komuniti berkembang lebih kuat melalui nilai-nilai murni yang diterapkan dalam sukan.

Justeru, beliau berharap agar semua peserta dapat menghayati makna sebenar semangat kesukanan dan menghargai setiap pencapaian sebagai lambang perpaduan dan kekuatan masyarakat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan