Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak bomba. Foto JBPM

Kaki tercucuk paku ketika padam api

MIRI, 2 Jun: Seorang lelaki tempatan cedera di bahagian kaki selepas cuba memadam kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel kereta di Lot 1518, Jalan Pujut 1A, di sini, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.15 malam ketika mangsa cuba menghalang api daripada merebak ke kawasan sekitar.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” kata jurucakap bomba dalam satu kenyataan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di jari kaki akibat tercucuk paku semasa bergelut memadam kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal hasil tindakan pantas pemilik bengkel yang menggunakan dua unit alat pemadam api jenis serbuk kering serta bantuan air paip domestik.

“Api berjaya dipadam sebelum ketibaan pasukan bomba. Anggota kami memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital,” ujarnya.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi bagi memastikan kebakaran benar-benar padam sepenuhnya dan tiada risiko berulang.

Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan