Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri akan meneliti cadangan untuk melantik duta sukan bola keranjang dalam usaha menarik minat generasi muda. Foto Majlis Sukan Negeri Johor( MSNJ) (FB)

Johor teliti cadangan lantik duta sukan bola keranjang – Exco

ByBernama

JOHOR BAHRU, 2 Jun: Kerajaan negeri akan meneliti cadangan untuk melantik duta sukan bola keranjang dalam usaha menarik minat generasi muda.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata perkara itu akan dirujuk kepada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) untuk mengenal pasti atlet dan legenda yang sesuai.

“Insya-Allah saya ataupun Majlis Sukan Negeri Johor akan berhubung dengan Presiden MABA Datuk Lee Tian Hock (mengenai langkah) untuk menarik minat anak-anak muda terhadap sukan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan MABA-MATRIX bawah 17 2025 di Stadium Bola Keranjang Larkin di sini malam ini.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-59 itu dirasmikan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mohd Hairi berkata usaha berkenaan adalah sebahagian daripada strategi memperkukuh agenda Johor Sport Nation 2030, termasuk menerusi program Sukan Bangsa Johor.

Pada April lepas, legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan bekas bintang All Blacks Sonny Bill Williams secara rasminya dilantik sebagai Duta Sukan Johor sebagai simbolik aspirasi Johor demi memperkasakan budaya sukan berkelas dunia.

Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 63 pasukan dari seluruh negara menyertai Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan MABA-MATRIX Bawah 17 Tahun Kali ke-59 yang bermula Jumaat.

Bagi kategori lelaki 3×3 yang melabuhkan tirai hari ini, pasukan Johor muncul juara selepas menewaskan Perak di perlawanan akhir manakala kategori wanita dimenangi Selangor dan Johor pula muncul naib juara.

Bagi kategori 5×5, acara akhir dijadualkan pada 9 Jun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan