BINTULU, 2 Jun: Satu unit generator terbakar berhampiran berhampiran Kem Batalion 7, Kidurong Hill Phase 2 di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.04 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.
“Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan satu unit generator telah terbakar hampir keseluruhan.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari pili bomba,” katanya dalam kenyataan.
Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dalam masa kira-kira 30 minit. – TVS