Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain pertahanan tengah Facundo Garces hari ini diumumkan sebagai muka baharu yang menyertai skuad bola sepak kebangsaan kendalian ketua jurulatih Peter Cklamovski. Foto FAM (FB)

Facundo Garces benteng tengah baharu skuad Harimau Malaya

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pemain pertahanan tengah Facundo Garces hari ini diumumkan sebagai muka baharu yang menyertai skuad bola sepak kebangsaan kendalian ketua jurulatih Peter Cklamovski.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan pemain berusia 25 tahun itu bakal membawa kualiti, pengalaman dan kepimpinan yang besar kepada Harimau Malaya yang dalam rangka mengukuhkan pasukan selain menjadi skuad yang diimpikan rakyat Malaysia.

“Garces pernah bermain di liga utama Argentina dan baru sahaja menamatkan musim bersama Deportivo Alaves di La Liga, selain telah melengkapkan segala keperluan pendaftaran dan kelayakan, dan kini tersedia untuk dipilih oleh Cklamovski.

“Beliau adalah seorang pemain yang berperwatakan hebat, pertahanan yang tenang serta memiliki personaliti dan pengalaman tinggi. Beliau sangat bersemangat untuk mewakili Malaysia dan membanggakan negaranya,” menurut kenyataan itu.

Garces turut meluahkan keterujaannya untuk mewakili Malaysia.

“Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan luar biasa. Sejak tiba, saya telah merasai kehangatan, semangat kekeluargaan dan sokongan ikhlas daripada semua.

“Jika ini baru permulaan, saya tidak dapat bayangkan betapa hebatnya bila seluruh negara dan penyokongnya berdiri teguh bersama kami. Saya bersedia memberikan segala-galanya demi Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan Garces telah menyertai kem latihan pasukan dalam jendela perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan layak untuk beraksi pada perlawanan Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam, pada 10 Jun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan