Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad menunjukkan sebahagian dadah bernilai lebih RM13 juta yang dirampas di Perlis pada sidang media di sini hari ini. Foto, TVS.

Duda ditahan bersama 365 kg syabu bernilai RM13.14 juta

ByTVS

KANGAR, 2 Jun: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai lokasi transit apabila merampas syabu seberat 365 kilogram (kg) bernilai RM13.14 juta yang disorok di dalam sebuah kereta di Beseri, Padang Besar semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai memainkan peranan sebagai transporter yang akan membawa dadah berkenaan ke selatan tanah air.

Beliau berkata, penemuan itu selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis memeriksa sebuah kediaman di Kampung Belat Batu, sekitar pukul 3.30 pagi.

“(Sebelum itu) polis terserempak suspek yang (berada dalam keadaan mencurigakan) sedang memandu sebuah kereta Proton Waja.

“Selepas ditahan serta disoal siasat, lelaki itu membawa polis ke lokasi sebuah kereta jenis Toyota Vios diletakkan dan pemeriksaan menemui 17 guni berisi bungkusan dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media di IPK Perlis, di sini hari ini.

Menurut Muhammad berkata, bekalan syabu itu dipercayai dibawa masuk melalui laluan tikus dari negara jiran sebelum dihantar ke selatan tanah air serta Lembah Klang.

“Hasil semakan polis mendapati suspek yang juga seorang duda bekerja sebagai pemandu jentera mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkait jenayah ragut, dadah dan pemerdagangan manusia.

“Saringan air kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau memberitahu, suspek direman sehingga 7 Jun hadapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan