Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengadakan kunjungan Gawai ke kediaman Pengerusi Yayasan Tun Jugah Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini. Foto TVS

Tun Wan Junaidi, isteri kunjungi kediaman Leonard Linggi

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 1 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengadakan kunjungan Gawai ke kediaman Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini.

Ketibaan mereka pada pukul 2.10 petang disambut mesra oleh Tan Sri Leonard, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan ahli keluarga terdekat.

Kunjungan turut dimeriahkan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang tiba lebih awal pada jam 1.48 petang.

Dalam kunjungan tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima cenderamata istimewa berupa gambar potret mereka yang dirakam sewaktu di Kapit sebagai tanda penghargaan dan kenangan.

Turut hadir iTimbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Dato Ibrahim Baki.

Sebelum ini, Tun Wan Junaidi dan Abang Johari menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebelum meneruskan kunjungan ke kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan