Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir ke rumah terbuka mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, di Kuching, hari ini. Foto: Ezzany Yusuf (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi, Abang Johari hadiri rumah terbuka Gawai Alfred Jabu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datin Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini mengunjungi rumah terbuka bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang di Jalan Wan Alwi sempena Hari Gawai Dayak.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh anaknya, Dato Gerald Rentap Jabu yang merupakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak kira-kira jam 12.25 tengah hari.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang tiba lebih awal pada jam 12.15 tengah hari.

Tun Dr. Wan Junaidi dan Abang Johari meluangkan masa beramah mesra bersama ahli keluarga serta tetamu lain selain menikmati hidangan di rumah tokoh veteran politik itu selama kira-kira sejam setengah.

Abang Johari kemudiannya bertolak ke rumah Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah untuk kunjungan seterusnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.-TVS

Tags: Gawai, premier, tyt

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan