Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf menyampaikan sumbangan sempena sambutan Hari Gawai kepada penduduknya di kawasan Parlimen Tanjong Manis. Foto Pusat Khidmat Tanjong Manis

Sumbangan Gawai ringankan beban rakyat

TANJONG MANIS, 1 Jun: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab meneruskan tradisi tahunan dengan menyumbangkan lebih 2,400 kotak barangan makanan sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2025.

Sebanyak 2,419 penerima dari seluruh kawasan Parlimen Tanjong Manis menerima sumbangan tersebut yang diagihkan melalui Pusat Khidmat Tanjong Manis dengan kerjasama ketua-ketua kaum di kawasan masing-masing.

Proses pengagihan yang berlangsung pada 27 dan 28 Mei lalu melibatkan kawasan seperti Sare, Kerapa dan Kerubong.

Yusuf yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut hadir menyampaikan sumbangan secara langsung kepada penduduk sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang terhadap masyarakat Dayak yang meraikan perayaan tersebut.

“Saya berharap sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Hari Gawai di setiap rumah di samping memperkukuhkan semangat kekeluargaan serta perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya kepada media hari ini.

Beliau menambah, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan menjelang perayaan malah turut menyemarakkan semangat Gawai Dayak dan mengeratkan hubungan antara pemimpin serta rakyat pelbagai kaum.

Dalam ucapannya, Yusuf turut menekankan kepentingan sambutan Gawai sebagai platform berkesan untuk memupuk perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Saya juga berharap penduduk sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sepanjang musim perayaan khususnya berkaitan penggunaan elektrik dan elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan