Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Foto fail AFP

Sultan Brunei dibenar keluar IJN, berehat di KL – JPM Brunei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam selepas menerima rawatan sejak Khamis lepas.

Menerusi hantaran di Instagram, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Pakar perubatan telah menasihatkan bagi baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” menurut hantaran itu.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

Baginda dilaporkan berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan