Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala. Foto TVS

Orang Ulu tampilkan empat acara utama sempena Gawai

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 Jun: Sambutan Gawai Dayak tahun ini menampilkan komuniti Orang Ulu sebagai tuan rumah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, giliran tersebut merupakan penghormatan untuk mempersembahkan budaya Orang Ulu bersama komuniti Dayak lain.

Menurutnya, sambutan tahun ini terdiri daripada empat acara utama.

“Acara pertama iaitu Bazar Gawai diadakan di MJC dari 15 hingga 25 Mei lalu. Hari ini berlangsungnya acara kedua, Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak yang diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Acara kemuncak pula ialah Perarakan Gawai Dayak pada 21 Jun bermula dari Bangunan Tun Jugah hingga ke Tebingan Sungai Kuching.

“Perarakan ini melibatkan lebih 90 pasukan budaya dan menampilkan elemen tradisional seperti niti daun iaitu simbol adat warisan masyarakat Dayak,” katanya.

Pada 22 Jun, Majlis Makan Malam Perayaan Gawai Peringkat Negeri akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bakal dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri selain turut menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis malam tersebut akan menampilkan perarakan Kumang dan Keling serta persembahan kebudayaan yang mempamerkan keindahan busana tradisional dan kekayaan warisan etnik Dayak di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan