Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ulang Tahun TUDM ke-67 mengangkat tema 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'. Foto TUDM (FB)

Negara hargai pengorbanan dan komitmen TUDM – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahan ruang udara negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Anwar berkata pengorbanan serta kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang utama kepada keamanan dan kedaulatan tanah air yang dicintai.

“Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM Ke-67!” kata beliau.

Ulang Tahun TUDM ke-67 mengangkat tema ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan