Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhasrat meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Awam, Kecemasan dan Pengurusan Bencana Alam Rusia (EMERCOM) dalam meneroka potensi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi operasi tindak balas kecemasan serta pemadaman kebakaran. Foto fail TVS.

Monsun Barat Daya: Bomba sedia hadapi kebakaran, hujan dan angin kencang

ByTVS

GEORGE TOWN, 1 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tumpuan kepada tiga fenomena cuaca secara serentak membabitkan panas, hujan dan angin kencang semasa Monsun Barat Daya yang mula dihadapi di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga bagi berdepan kemungkinan sebarang bencana biarpun Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan tiada musim El Nino yang ekstrem semasa monsun berkenaan pada tahun ini.

Katanya, bomba bersedia dengan laporan kebakaran terbuka semasa berlakunya hari tanpa hujan yang panjang selain tugas penyelamatan akibat kepala air dan angin ribut.

“Tetapi kekhuatiran kita adalah berhubung hujan pada waktu petang terutamanya musim cuti ketika ini kerana orang akan pergi bermain di badan air, jeram dan pantai.

“Selain tumpuan berkaitan kebakaran terbuka, dalam masa sama kita nasihati orang awam supaya berhati-hati jika berlaku hujan lebat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian penutup Kejohanan Bomba Ragbi Sepuluh Sebelah Tahun 2025 di Padang Polo di sini.

Pada kejohanan itu, pasukan Sarawak dinobatkan juara kategori Bomba selepas menundukkan Selangor 10-0 pada perlawanan akhir.

Pasukan Negeri Sembilan di tempat ketiga selepas menewaskan Perak 19-0.

Acara tiga hari itu membabitkan penyertaan 63 pasukan daripada lima kategori iaitu 14 pasukan dalam kategori Bomba, U15 Lelaki (16 pasukan), U17 Lelaki (16 pasukan), U12 Lelaki (12 pasukan), U16 Wanita (lima pasukan) dan Veteran (empt pasukan).

Sementara itu Nor Hisham memaklumkan pihaknya turut merekodkan penurunan ketara laporan kebakaran terbuka sehingga April tahun ini iaitu hampir 3,000 panggilan kecemasan berbanding kira-kira 9,000 kes tempoh sama tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan, MetMalaysia menjangkakan Monsun Barat Daya akan melanda bermula 10 Mei hingga September tahun ini susulan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya ke rantau negara.

Ketua Pengarah, Met Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata, sepanjang musim berkenaan, kadar kelembapan udara lazimnya rendah, sekali gus menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

Bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi, berikutan kehadiran fenomena garis badai (squall line). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan