Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas pikap dipandu bertembung dengan sebuah lori rosak yang parkir di tepi jalan Jalan Wawasan, Sibu, awal pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki tidak sedarkan diri selepas rempuh lori rosak

SIBU, 1 Jun: Seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas pikap yang dipandunya merempuh sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu Jalan Wawasan, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.54 pagi sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah pikap yang bertembung dengan lori rosak yang parkir di tepi jalan. Seorang mangsa lelaki berusia 49 tahun didapati tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan kaedah SAVER (Stabilize, Access, Ventilate, Extricate, Remove) bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.36 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan