Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala lima rumah teres musnah dalam dua kejadian kebakaran di Bintulu awal pagi ini. Foto Bomba

Lelaki maut, lima rumah musnah dalam kebakaran di Bintulu

ByBernama

KUCHING, 1 Jun: Seorang lelaki maut manakala lima rumah teres musnah dalam dua kejadian kebakaran di Bintulu awal pagi ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, insiden pertama yang berlaku pada awal pagi meragut nyawa seorang mangsa, manakala kejadian kedua pada Sabtu malam menyebabkan 21 orang hilang tempat tinggal.

Dalam insiden pertama, seorang lelaki dikenali sebagai Wong Jun Din lingkungan usia 50-an disahkan meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Sibiew pada 2.32 pagi Ahad.

“Mangsa dipercayai terperangkap dan berjaya dikeluarkan oleh penghuni lain dalam keadaan tidak sedarkan diri serta terdapat kesan melecur di seluruh badan, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan di tempat kejadian,” menurut PGO dalam WhatsApp rasminya.

Tiga penghuni lain dilaporkan terselamat.

Dalam kejadian kedua, lima rumah teres setingkat jenis struktur kekal musnah 100 peratus dalam kebakaran di Kidurong MLNG Housing, Jalan Abang Usop, Bintulu pada malam Sabtu.

Panggilan kecemasan diterima pada 11.43 malam pada Sabtu sebelum 18 anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Bintulu berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada 6.25 pagi hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian daripada kedua-dua kejadian itu masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan