Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail TVS

KPM akan laksana segera inisiatif baucar buku untuk PPP

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera memperincikan inisiatif pemberian baucar buku kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah kementerian itu dan melaksanakannya dalam tempoh terdekat.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai inisiatif berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP di seluruh negara.

“KPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman pemberian baucar buku kepada semua PPP di bawah KPM sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

“Pengumuman Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat, termasuk golongan pendidik,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri dalam ucapannya semasa majlis itu berkata inisiatif pemberian baucar buku yang diperluas kepada lebih 400,000 guru tahun ini sebagai langkah berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama pelajar sekolah dan universiti.

Beliau berkata golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu selain berperanan memupuk minat pelajar terhadap amalan membaca.

Menurut KPM inisiatif itu juga bertepatan dengan usaha berterusan kementerian untuk mempertingkatkan amalan membaca di semua peringkat selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pendidik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan