Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.72 juta batang rokok seludup pelbagai jenis dianggar bernilai RM1.48 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Babong, di sini, bulan lepas. Foto fail Envato

Kastam rampas 1.72 juta batang rokok seludup

KOTA BHARU, 1 Jun: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.72 juta batang rokok seludup pelbagai jenis dianggar bernilai RM1.48 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Babong, di sini, bulan lepas.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan pada 10.30 pagi, 7 Mei itu menemukan sebahagian rokok berkenaan di dalam rumah dan bakinya di dalam but sebuah kereta.

“Berdasarkan siasatan, premis itu disewa untuk dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup manakala kenderaan berkenaan digunakan bagi mengedar rokok terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan