Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) terus mengibarkan cabaran negara di pentas antarabangsa  apabila meraih kedudukan podium pada pusingan kelima dan keenam Kejohanan GT World Challenge Asia di Buriram, Thailand, hari ini. Foto Tunku Abdul Rahman

JMR raih podium di Buriram, Tunku Abdul Rahman kini pendahulu kejuaraan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) terus mengibarkan cabaran negara di pentas antarabangsa  apabila meraih kedudukan podium pada pusingan kelima dan keenam Kejohanan GT World Challenge Asia di Buriram, Thailand, hari ini.

Lebih manis, kejayaan itu turut menyaksikan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim melonjak ke tangga teratas kedudukan keseluruhan pemandu dengan kelebihan  62 mata ketika saingan memasuki pertengahan musim.

Tunku Abdul Rahman yang bergandingan bersama pelumba profesional, Ben Green, mempamerkan aksi mantap di Litar Antarabangsa Chang sepanjang 4.5 kilometer apabila Green terlebih dahulu mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan, sekali gus meraih petak utama bagi perlumbaan Ahad.

Green turut memberikan aksi konsisten sepanjang perlumbaan sebelum menyerahkan tugasan memandu jentera #99 kepada Tunku Abdul Rahman, yang melengkapkan hujung minggu cemerlang selepas menamatkan perlumbaan pusingan kelima semalam di tempat kedua.

Mengulas pencapaian itu, Tunku Abdul Rahman melahirkan rasa puas hati selepas berjaya menamatkan perlumbaan di kelompok hadapan.

“Saya rasa seperti berjaya menebus kembali kekecewaan di Indonesia dan berharap dapat terus mempertahankan kedudukan pendahulu. Saya benar-benar menikmati perlumbaan minggu ini, dan tidak boleh meminta lebih lagi,” katanya.

Sementara itu, satu lagi jentera JMR yang dibarisi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan rakan sepasukan, Jordan Love, tidak bernasib baik apabila terpaksa menarik diri selepas m jentera #66 mereka mengalami  masalah brek belakang pada pertengahan perlumbaan.

Pusingan ketujuh dan kelapan kejohanan akan berlangsung di Fuji International Speedway, Jepun dari 11 hingga 13 Julai ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan