Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina. Foto AFP

Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di tribunal Bangladesh

ByBernama

NEW DELHI, 1 Jun: Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan Sheikh Hasina didakwa atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di sebuah tribunal di Bangladesh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahannya tahun lepas.

Hasina, yang melarikan diri ke India pada Ogos 2024 selepas kerajaannya tumbang susulan protes selama beberapa minggu, sedang dibicarakan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Bangladesh.

Tribunal itu memfailkan pertuduhan rasmi terhadap Hasina dan beberapa sekutunya pada Ahad.

“Pasukan penyiasat telah mengemukakan lima pertuduhan terhadap dalang jenayah ini dan komander tertinggi Sheikh Hasina, bekas Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan Kamal, serta bekas Ketua Polis Negara Chowdhury Abdullah Al Mamun,” kata Ketua Pendakwa Raya ICT, Muhammad Tajul Islam dipetik sebagai berkata olehn agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).

Kira-kira 1,500 orang terbunuh dalam protes yang diketuai pelajar, yang menamatkan pemerintahan parti Liga Awami selama 15 tahun.

“Agensi penyiasat telah merampas rakaman perbualan telefon Sheikh Hasina, di mana beliau berulang kali mengesahkan bahawa beliau mengarahkan semua agensi kerajaan supaya menghapuskan orang awam yang tidak bersalah yang berdemonstrasi secara aman bagi menuntut keadilan, menggunakan helikopter, dron dan kenderaan perisai (APC),” kata Tajul Islam.

Anggota bersenjata Liga Awami dan badan bersekutunya seperti Jubo League dan sayap pelajarnya, Chhatra League, juga dituduh terlibat dalam tindakan keras yang ganas itu.

Bangladesh telah meminta India mengekstradisi bekas pemimpin berusia 77 tahun itu.

Kerajaan sementara yang diketuai Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum sebelum Jun 2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan