Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rubiah Tul’Adwiyah (empat kanan), Agatha Ting (lima kanan) bersama yang lain merakam kenangan pada sambutan Hari Gawai Dayak 2025 di Lapangan Terbang Sibu. Foto TVS

Gawai platform promosi VM2026

SIBU, 1 Jun: Kemeriahan Hari Gawai Dayak turut dirasai di dua lapangan terbang utama Sarawak hari ini menerusi inisiatif khas anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Program yang berlangsung serentak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Sibu itu bertujuan mempromosikan keunikan budaya masyarakat Dayak serta kepelbagaian budaya Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Rubiah Tul’Adwiyah Md Yusof berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Ini adalah salah satu usaha memperkenalkan kekayaan budaya dan perayaan rakyat Malaysia kepada dunia,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sibu.

Turut hadir Pegawai Khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Agatha Ting bersama wakil agensi strategik dan persatuan pelancongan.

Ketibaan penumpang disambut meriah dengan agihan beg cenderamata mengandungi kek lapis Sarawak dan bahan promosi pelancongan.

Sebanyak 1,000 beg diagihkan di Lapangan Terbang Sibu dan 1,500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Tourism Malaysia dalam kenyataan memaklumkan industri pelancongan negara menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan 38 juta ketibaan antarabangsa pada 2024 melibatkan pulangan RM106.78 bilion.

Tahun ini, trend positif diteruskan dengan 13.4 juta ketibaan direkodkan dalam empat bulan pertama meningkat 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan