Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Gawai perkasa budaya, perkukuh perpaduan kaum di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 Jun: Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini mempamerkan budaya masyarakat Dayak dan mengukuhkan perpaduan kaum di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan peluang untuk mengetengahkan budaya, tradisi dan amalan masyarakat Dayak sambil menghimpunkan semua kaum bersama.

“Majlis ini menjadi platform untuk menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Sarawak memiliki keharmonian kaum yang sangat kukuh.

“Budaya Dayak yang ditonjolkan hari ini juga merupakan sumbangan penting kepada kepelbagaian dan keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tersebut.

Acara tahunan di BCCK itu diserikan dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara yang mengenakan busana pelbagai kaum sejak jam 10 pagi dan dijadual melabuhkan tirainya pada jam 4 petang.

Turut memeriahkan majlis ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan