Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit selepas Perodua Myvi terbalik dalam kemalangan dengan lori 10 tan di Kampung Molong Kolong, Matunggung. Foto JBPM

Enam cedera, Myvi rempuh lori di Kudat

ByTVS

KUDAT, 1 Jun: Enam individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan lori 10 tan di Kampung Molong Kolong, Matunggung, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 50 kilometer dan tiba sekitar sejam kemudian.

“Seorang lelaki tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala empat lagi mangsa telah dikeluarkan lebih awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Pemandu lori yang berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan pegawai perubatan KKM sebelum dibawa ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.

Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada risiko bahaya lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.51 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan