Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dengan lebih 1.8 juta jemaah dijangka menunaikan ibadah haji tahun ini, Arab Saudi telah meletakkan pasukan keselamatannya dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah itu. Foto fail AFP

Arab Saudi tingkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi lindungi 1.8 juta jemaah haji

ByBernama

MAKKAH, 1 Jun: Dengan lebih 1.8 juta jemaah dijangka menunaikan ibadah haji tahun ini, Arab Saudi telah meletakkan pasukan keselamatannya dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah itu.

Pengarah Keselamatan Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammad bin Abdullah Al-Bassami berkata pasukan keselamatan bersedia untuk bertindak dengan tegas terhadap sebarang ancaman yang boleh membahayakan jemaah atau mengganggu perjalanan ibadah.

Beliau menyampaikan perkara itu semasa perbarisan anggota keselamatan pada Sabtu malam, hanya beberapa hari sebelum ibadah wukuf di Arafah.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz turut hadir bagi meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas lapangan serta memastikan keselamatan dan perlindungan jemaah.

Perbarisan itu menampilkan penyertaan anggota daripada pelbagai agensi, bersama kenderaan keselamatan, jentera dan peralatan berteknologi tinggi.

Antara sorotan utama ialah simulasi beberapa senario keselamatan yang mempamerkan tahap kesiapsiagaan tinggi pasukan untuk menangani dan meneutralkan ancaman berpotensi.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini mengumumkan bahawa ibadah haji tahun ini akan bermula Rabu ini dengan hari wukuf di Arafah pada Khamis, diikuti sambutan Aidiladha pada Jumaat.

Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik, seramai 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia dijangka menunaikan haji tahun ini, termasuk 1,611,310 jemaah antarabangsa dan 221,854 jemaah tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan