Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke-67

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun:  Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Sultan Ibrahim sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Semoga TUDM terus maju, unggul dan disegani serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam menjalankan amanah demi tanah air tercinta.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Ulang tahun ke-67 TUDM membawa tema ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan