Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ICQS Mengkalap Trusan Lawas. Foto: TVS.

Waktu operasi sempadan Sarawak-Brunei dilanjut empat hari

LIMBANG, 31 Mei: Masa operasi di Pos Kawalan Sempadan Imigresen Zon Utara Sarawak dan Brunei akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam bermula esok (1 Jun) hingga 4 Jun ini.

Jabatan Imigresen Malaysia melalui notis pemakluman hari ini berkata lanjutan masa sehingga jam 12 tengah malam itu melibatkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mengkalap Lawas, ICQS Pandaruan, ICQS Tedungan Limbang serta ICQS Sungai Tujoh Miri.

“Tujuan lanjutan ini bagi mengelak kesesakan di pintu masuk sempadan, serta memudahkan pergerakan ulang alik merentas sempadan bagi rakyat Malaysia dan Brunei,”kata kenyataan itu lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) Jabatan Imigresen Malaysia melalui pautan https:eapp.imi.gov.my/tanya/create. – TVS.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found