Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilfred Yap menyerahkan dokumen projek kepada kontraktor. Foto Suara Sarawak

Tiga taman rekreasi di Kota Sentosa dinaik taraf

KUCHING, 31 Mei: Sebanyak tiga projek naik taraf taman rekreasi di Kota Sentosa melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM295,000 dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap.

Projek tersebut merangkumi naik taraf Taman Rekreasi Stampin Lorong D8A (RM200,000), Taman Rekreasi Borneo Garden Fasa 2 (RM50,000) dan Taman Rekreasi Stampin 12 Fasa 2 (RM45,000).

Memetik laporan Suara Sarawak, Wilfred berkata, surat tawaran kepada kontraktor berjaya telah diserahkan  semasa lawatan tapak bersama pegawai Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) selaku agensi pelaksana.

“Pelaksanaan projek ini mencerminkan usaha berterusan beliau untuk mendengar suara rakyat dan menambah baik kemudahan awam demi kesejahteraan penduduk setempat.

“Ruang rekreasi selesa dan selamat mampu menyatukan masyarakat serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat tawaran di sini, semalam.

Dalam pada itu, Wilfred turut merakamkan penghargaan kepada MBKS atas kerjasama mantap dan kontraktor yang bersedia memulakan kerja dengan segera serta menyiapkan projek mengikut jadual ditetapkan.

“Saya berharap kemudahan disediakan kerajaan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat untuk melaksanakan aktiviti berfaedah,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan