Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi sungai di Sook

ByTVS

SOOK, 31 MEI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas mandi bersama keluarga di sebuah sungai berhampiran TMR Lanas, Kampung Pinipi Lanas, petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.40 petang dan pasukan bomba dari BBP Sook bergegas ke lokasi sejauh 45 kilometer.

“Difahamkan mangsa sedang mandi-manda bersama keluarga sebelum dipercayai hilang di kawasan sungai,” kata Komander Operasi PBK II Obbie Wilson Pairin.

Mangsa ditemukan oleh orang awam pada jam 5.15 petang sebelum pasukan bomba tiba. Pegawai Perubatan KKM mengesahkan kematian di lokasi kejadian.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan