Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat menggesa kerjasama lebih erat antara Eropah dan Asia bagi menangani cabaran keselamatan global yang semakin meningkat serta mempertahankan norma antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

Presiden Perancis Macron seru pakatan Eropah-Asia tangani cabaran keselamatan global

ByBernama

ISTANBUL, 31 Mei: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat menggesa kerjasama lebih erat antara Eropah dan Asia bagi menangani cabaran keselamatan global yang semakin meningkat serta mempertahankan norma antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketika berucap pada Dialog Shangri-La di Singapura, sebuah forum tahunan mengenai pertahanan dan keselamatan, Macron menggesa komuniti antarabangsa bersatu dalam menentang tekanan daripada negara-negara yang berusaha menguasai wilayah dan sumber.

“Kita berdepan cabaran daripada negara revisionis yang mahu mengenakan, atas nama pengaruh, satu bentuk paksaan.

“Negara yang mahu menguasai kawasan dari pinggir Eropah hingga ke kepulauan di Laut China Selatan… yang ingin merampas sumber seperti perikanan dan mineral, serta menyingkirkan pihak lain demi kepentingan mereka.

“Saya ingin jelaskan, Perancis adalah rakan dan sekutu Amerika Syarikat, dan kami turut bekerjasama serta berkawan dengan China, meskipun kadangkala kami bersaing dan tidak sependapat,” kata Macron.

Beliau menegaskan bahawa Asia dan Eropah mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan kemerosotan sistem global.

“Zaman berkecuali sudah pun berlalu. Kini tiba masanya untuk membentuk perikatan bertindak, dan ini memerlukan negara-negara yang mampu bekerjasama menyediakan segala keupayaan untuk berbuat demikian,” katanya.

Lawatan Macron ke Asia Tenggara diadakan ketika Perancis dan Kesatuan Eropah berusaha memperkukuh hubungan perdagangan dan diplomatik di rantau ini, dalam usaha mengimbangi ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump, termasuk ancaman tarif baharu.

Mengenai Timur Tengah, Macron menekankan kepentingan menangani krisis kemanusiaan di Gaza, sambil memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan kredibiliti antarabangsa.

“Jika kita abaikan Gaza, kita seolah-olah beri laluan percuma kepada Israel, walaupun kita mengutuk serangan pengganas, maka kita akan kehilangan kredibiliti,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan