Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegiatan memburu sekumpulan lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas tertembak oleh rakannya sendiri.

Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70 kg ganja di Taman Melawati

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah dan merampas ganja seberat 69.82 kilogram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati di sini Khamis lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali berkata ketika pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menemukan 66 ketulan bungkusan mampat ganja bernilai RM216,457 dalam sebuah kereta Toyota Vellfire.

Beliau berkata suspek berusia 44 tahun itu yang berperanan sebagai tokan dipercayai aktif sejak November lepas dan mempunyai dua rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah.

“Siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan dibawa masuk dari negara jiran melalui sempadan Perlis sebelum dibawa ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mat Zani berkata pihaknya turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 ke atas motosikal jenis Ducati milik suspek dianggarkan bernilai RM29,500 menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM245,957.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan lelaki itu kini direman tujuh hari hingga 5 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan