Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Superintenden Parum Niot. Foto TVS.

Patuhi peraturan jalan raya, pastikan rumah selamat semasa cuti

LIMBANG, 31 Mei: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang melancarkan Op Lancar bermula semalam hingga 6 Jun sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidiladha dan cuti persekolahan.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, operasi tersebut bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh berkenaan.

“Sempena musim perayaan ini, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat. Bagi mereka yang memandu jarak jauh, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan anda cukup rehat sebelum memulakan perjalanan.

“Sekiranya mengantuk atau penat, berhenti dan berehat sebentar demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal serta peka dengan keadaan cuaca dan maklumat trafik semasa sebelum keluar bersama keluarga.

Dalam pada itu, Parum turut mengingatkan orang ramai yang akan pulang ke kampung sempena musim cuti agar memastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan selamat.

“Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci dengan baik. Lapor kepada balai polis berhampiran dan isikan borang balik kampung sebagai langkah pencegahan.

“Juga maklumkan kepada jiran terdekat bahawa anda akan meninggalkan rumah sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya.

Op Lancar merupakan sebahagian daripada usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta menjaga ketenteraman awam sepanjang musim perayaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan