Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming akan mewakili Malaysia dan mempengerusikan Perhimpunan UN-Habitat sebagai Presiden bagi tempoh dua tahun, bermula Jun 2025 hingga Jun 2027. Foto Nga Kor Ming (FB)

Malaysia dilantik sebagai Presiden Perhimpunan UN-Habitat 2025-2027

ByBernama

PUTRAJAYA, 31 Mei: Malaysia sebulat suara dipilih sebagai Presiden sesi ketiga Perhimpunan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi tempoh 2025-2027, serta sebagai Ahli Lembaga Eksekutif badan itu bagi tempoh 2027-2029.

Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa pemilihan sebagai presiden diluluskan sebulat suara oleh Perhimpunan UN-Habitat yang bersidang pada 30 Mei di Nairobi, Kenya.

Perhimpunan UN-Habitat dan Lembaga Eksekutif merupakan mekanisme utama badan dunia itu dalam menetapkan hala tuju dasar pembangunan bandar mampan dan penempatan manusia.

Menurut kenyataan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming akan mewakili Malaysia dan mempengerusikan Perhimpunan UN-Habitat sebagai Presiden bagi tempoh dua tahun, bermula Jun 2025 hingga Jun 2027.

Malaysia juga akan menyandang satu daripada 36 kerusi Lembaga Eksekutif UN-Habitat bagi tempoh dua tahun bermula Jun 2027 hingga Jun 2029, menurut kenyataan itu lagi.

“Kementerian Luar, khususnya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi selaku Wakil Tetap Malaysia ke UN-Habitat, akan terus menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan tugasan Malaysia dalam tadbir urus badan dunia itu mencapai kejayaan cemerlang,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada kesemua 193 Negara Anggota Perhimpunan UN-Habitat atas sokongan padu dan keyakinan yang diberikan kepada Malaysia untuk menerajui Perhimpunan serta mengemudi Lembaga Eksekutif ke arah pelaksanaan Agenda Bandar Baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2025 hingga 2029. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan