Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha Kerajaan Sarawak memperkasa belia di wilayah ini menerusi kepimpinan dalam komuniti mendapat sokongan penuh daripada golongan tersebut. Foto TVS

Karnival Satok XTIVE pentas anak muda gilap kepimpinan

KUCHING, 30 Mei: Usaha Kerajaan Sarawak memperkasa belia di wilayah ini menerusi kepimpinan dalam komuniti mendapat sokongan penuh daripada golongan tersebut.

Pengerusi Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching (KBPBK) Asri Hazwan Harun berkata, menerusi penganjuran Karnival Belia Satok XTIVE 2025, aspek kepimpinan dapat ditonjolkan menerusi pengurusan aktiviti program.

“Program ini sebenarnya adalah untuk melatih pemimpin dalam kalangan belia dari komuniti yang mana ia adalah hasrat kami di Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching (KBPBK)

“Apabila kita melihat jawatankuasa pertandingan, ia diuruskan sepenuhnya oleh belia,” katanya.

Sementara itu, salah seorang sukarelawan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Nurul Athirah Hassan @ Rosna berkata, karnival tersebut mampu menjadi platform bertukar idea dan fikiran selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia yang mengambil bahagian.

“Kita dapat berkenalan antara satu sama lain dengan belia. Selain itu, ini adalah satu aktiviti komuniti setempat dan kita juga boleh melibatkan diri dengan komuniti setempat dan mempelajari aspek kepimpinan dan persahabatan,” ujarnya.

Bagi Ahmad Syafiq Salleh, karnival tersebut dapat memperkenalkan bakat tempatan menerusi platform sukan seperti pickelball yang kini menjadi tumpuan ramai.

“Jika ada pemain yang berbakat di kawasan ini (Satok), mungkin mereka akan datang ke sini untuk memberikan sokongan dan terlibat sama,” ujarnya.- TVS

Tags: belia, KBPBK, satok

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan