Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta Unduk Ngadau mewakili pelbagai daerah tampil anggun dalam pakaian tradisi masing-masing sempena perayaan Kaamatan di KDCA –Foto VisualVerse(TVS)

‘Kaamatan Untuk Semua’ meriah di Penampang

ByTVS

PENAMPANG, 31 Mei: Pesta Kaamatan 2025 berlangsung meriah di Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang dengan kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelawat dari luar Sabah dan luar negara.

Bertemakan ‘Kaamatan Untuk Semua’, perayaan warisan masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) itu bukan sahaja menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan tradisional, malah menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan kaum di negeri ini.

Acara di KDCA dihiasi dengan pakaian tradisional berwarna-warni, persembahan seni budaya, serta juadah tempatan yang menjadi tumpuan ramai.

Pelbagai sukan rakyat dan tarian tradisional turut diadakan bagi menghidupkan suasana dan mengeratkan hubungan antara kaum.

Gary Sagidon, pengunjung dari Kota Belud, berkata KDCA kini menjadi simbol penting kepada komuniti KDM di Sabah dan lokasi utama perayaan Kaamatan setiap tahun.

“Perayaan di sini memang ada kelainannya. Ia menjadi lambang identiti budaya kami,” katanya.

Aznan Johary, penduduk tempatan dan pengunjung tetap Kaamatan di KDCA, menyifatkan perayaan itu penuh nilai sentimental dan nostalgia.

“Saya datang sejak muda, dan Kaamatan merupakan tradisi yang menyatukan kami sebagai masyarakat. Ia juga memberi peluang kepada pelancong mengenali budaya kita,” ujarnya.

Yvonne Ho pula menyambut baik tema inklusif tahun ini yang menekankan Kaamatan sebagai perayaan semua kaum di Sabah.

“Perayaan ini bukan hanya milik Kadazandusun sahaja, tetapi turut disambut oleh kaum lain seperti Melayu, Cina dan lain-lain kerana ia ibarat Tahun Baru Cina yang diraikan bersama-sama.,” katanya

Sambutan Kaamatan 2025 di KDCA ditutup dengan harapan agar semangat perpaduan serta hormat-menghormati kepelbagaian budaya terus menjadi asas kestabilan dan kemajuan negeri di bawah bayu. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found