Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu hari ini mematahkan satu sindiket penyeludupan ternakan tanpa kebenaran melalui Op Mega Aidiladha dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM86,000 termasuk kenderaan. Foto TVS

JPV Terengganu tumpaskan sindiket penyeludupan ternakan bernilai RM86,000

ByTVS

KUALA TERENGGANU, 31 Mei: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu berjaya mematahkan satu sindiket penyeludupan ternakan tanpa kebenaran melalui Op Mega Aidiladha dengan nilai rampasan dianggarkan RM86,000 termasuk kenderaan.

Pengarah JPV Terengganu, Dr Anun Man berkata, dua lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan bersama 28 ekor kambing yang dibawa menggunakan van putih jenis Toyota pada jam 10 pagi Sabtu.

Menurutnya, kejayaan operasi adalah hasil risikan pasukan penguatkuasa JPV sepanjang minggu lalu dengan kenderaan tersebut diekori dari Kampung Gong Manok, Pasir Putih, Kelantan dan ditahan di tepi jalan Kampung Teris, Hulu Terengganu.

“Modus operandi menggunakan van bertujuan mengaburi pihak berkuasa dan menyukarkan pengesanan,” katanya.

Semasa pemeriksaan, pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan ternakan.

JPV tidak menolak kemungkinan ternakan berkenaan menghidap penyakit belum disahkan yang berpotensi menular kepada ternakan lain dan manusia jika melibatkan penyakit zoonotik.

Dr Anun turut menjelaskan ternakan tersebut mungkin berasal dari luar negara atau memasuki Terengganu secara haram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953, dengan denda maksimum RM15,000 jika sabit kesalahan.

Setakat ini, JPV Terengganu berjaya menumpaskan 13 kes pemindahan ternakan tanpa kebenaran, melibatkan tujuh ekor lembu, 78 kambing dan 46 bebiri.

JPV Terengganu komited melakukan penguatkuasaan bagi mengelakkan penularan penyakit akibat kemasukan haram ternakan ke negeri ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan